fb fb fb fb fb

RoS digesa pantau secara berkala dokumen NGO, kutip dana awam

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail


PUTARAJAYA, 4 Disember- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa melakukan pemantauan secara berkala dokumen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang menjalankan kutipan dana awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemantauan tersebut bagi memastikan tiada penyelewangan berlaku terhadap sumbangan yang diberikan orang ramai.

"Jadi RoS boleh panggil dari masa ke semasa, RoS boleh dapatkan maklumat lebih, tujuannya apa? supaya syarikat itu tahu bahawa RoS sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab mengawal selia soal tadbir urus, juga boleh melakukan semakan dari masa ke semasa bagi memastikan bahawa masyarakat tahu tentang keadaan yang berlaku", katanya pada sidang media Sambutan Setahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian di sini.

Tambah beliau, RoS boleh memanggil mana-mana NGO untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan laporan kewangan dan perjalanan operasi sesebuah organisasi.

Sementara itu, keselamatan negara tetap menjadi keutamaan disebalik pelaksanaan Dasar Liberalisasi Visa.

Datuk Seri Saifuddin berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah persediaan, termasuk mewajibkan pelancong mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).

"Langkah kawalan yang kami buat seperti pertama mereka (pelancong) masuk dan mereka mesti mengisi Kad Ketibaan Digital (DAC), mereka perlu isi dan itu membolehkan kita tahu keberadaan mereka bermaksud KDN melalui Jabatan Imigresen telah melakukan mengambil seluruh langkah yang diperlukan.

"Pada sisi lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga memikul tanggungjawab dari sudut kawalan keselamatan pintu masuk negara. Itu semua langkah yang telah kami ambil kira", katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India membabitkan tempoh 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

ROSLINA BINTI DIN