RM20 juta perkasa Skills4Johor

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, KETIKA berucap pada Siri Jelajah Pocket Talk HRD Corp di Johor Bahru, Johor pada 20 Jun 2026 / foto RTM

JOHOR BAHRU, 20 Jun – Sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi Program Skills4Johor yang menjadi fokus utama dalam usaha memperkasa kemahiran dan pembangunan tenaga kerja di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited memperkasa kemahiran tenaga kerja bagi memenuhi keperluan industri dan sokongan projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
  • HRD Corp: 13,425 majikan berdaftar dan 479,905 pekerja menerima manfaat program latihan.
  • Pembiayaan besar: levi RM208.21 juta, bantuan RM191.5 juta; inisiatif gig, Pakej Daya Tahan RM710 juta dan AI MyMahir RM110 juta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, program tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Seiring pertumbuhan ekonomi serta peningkatan pelaburan, khususnya di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, sebanyak 13,425 majikan telah berdaftar dengan HRD Corp, manakala 479,905 pekerja telah menerima manfaat daripada pelbagai program latihan.

Dalam tempoh sama, HRD Corp mengutip levi sebanyak RM208.21 juta, manakala RM183.96 juta telah disalurkan semula kepada majikan untuk tujuan latihan pekerja.

“Selain itu, sebanyak RM191.5 juta bantuan kewangan telah disalurkan, dan seramai 232,072 rakyat Johor telah menerima latihan,” katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Pocket Talk HRD Corp di sini.

Dalam pada itu, Datuk Seri R. Ramanan berkata Kementerian Sumber Manusia turut memberi perhatian kepada pembangunan pekerja industri gig melalui pelbagai inisiatif peningkatan kemahiran.

“Antara inisiatif tersebut termasuk Pakej Daya Tahan Ekonomi bernilai RM710 juta serta Program AI MyMahir yang memperuntukkan RM110 juta bagi latihan AI secara percuma kepada 22,000 rakyat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.