Skim Pengembara akan dibentang di Parlimen, lindungi pekerja ulang alik Singapura

Sempadan Johor-Singapura/RTM

JOHOR BAHRU, 20 Jun- Kertas kerja Skim Pengembara yang bakal memanfaatkan kira-kira 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura telah siap dan dijangka dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kertas skim telah diluluskan oleh Jemaah Menteri, menurut Menteri Sumber Manusia.
  • Semua kertas perbincangan dan kertas persetujuan selesai bagi membolehkan pelaksanaan diteruskan.
  • Skim di bawah PERKESO bertujuan melindungi dan memberi manfaat kepada pekerja berulang-alik ke Singapura.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata perkembangan itu dicapai selepas kertas kerja berkenaan mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Menurut beliau, proses berkaitan skim tersebut termasuk kertas perbincangan dan persetujuan telah diselesaikan bagi membolehkan pelaksanaannya diteruskan.

“Selepas lama rakyat Johor menunggu, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah memastikan saya bersama timbalan menguruskan pelaksanaan Skim Pengembara ini dengan segera.

“Semua kertas perbincangan dan kertas persetujuan berkaitan skim berkenaan telah siap serta diluluskan di peringkat Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Siri Jelajah Pocket Talk HRD Corp di sini hari ini.

Skim berkenaan yang akan dilaksanakan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertujuan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.