
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
- Amaran melibatkan seluruh Perlis, Kubang Pasu di Kedah dan beberapa daerah di Perak seperti Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
- Kawasan terjejas di Pantai Timur termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
- Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Johor turut terlibat.
- Di Malaysia Timur, Sarawak (Kuching, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang) dan Sabah termasuk pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kubang Pasu di Kedah, manakala di Perak melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, Terengganu (Besut, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bera).
Sementara itu, di Selangor cuaca sama dijangka melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat dan Pontian).
Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak dijangka terjejas ialah Kuching, Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).