Penunggang motosikal maut di Jalan Kota Samarahan-Stutong Bypass

Kemalangan maut di Jalan Kota Samarahan-Stutong Bypass

SAMARAHAN, 12 Mei – Seorang pemuda berumur 20 tahun terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah keereta di Jalan Kota Samarahan-Stutong Bypass malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • DSP Barry William mengesahkan kejadian itu kepada pihak media.
  • Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam.
  • Mangsa, Agnitius Liew, dipercayai cuba memotong tetapi gagal dan merempuh kenderaan dari arah bertentangan.
  • Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian; mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat; siasatan di bawah seksyen 41(1).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Barry William ketika dihubungi RTM mengesahkan kejadian itu.

“Insiden kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Agnitius Liew yang dalam perjalanan dari Kuching ke Samarahan dipercayai cuba memotong kenderaan dihadapannya

“Mangsa bagaimanapun gagal memotong dan merempuh kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di kepala,” kata DSP Barry William.

Mangsa telah dibawa ke hospital umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat bawah seksyen 41(1) akta pengangkutan jalan 1987.