Penurunan harga diesel legakan sektor logistik

Penurunan harga diesel beri sedikit kelegaan kepada pengguna – Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Penurunan harga diesel kepada RM4.87 seliter dilihat mampu memberi sedikit kelegaan kepada pengguna dan sektor perniagaan khususnya logistik dan rangkaian bekalan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penurunan harga diesel beri kelegaan kepada pengguna dan perniagaan, khususnya sektor logistik dan rangkaian bekalan.
  • Perubahan harga diesel mempunyai kesan berantai terhadap ekonomi melalui kos pengangkutan dan penghantaran yang mempengaruhi harga barangan.
  • Penurunan diesel dapat meredakan tekanan inflasi dalam sektor logistik, walaupun kesannya dijangka sederhana dan bukan drastik.
  • Inflasi turut dipengaruhi faktor lain seperti harga makanan global, kadar pertukaran ringgit, kos import dan permintaan domestik.

Menurut Pensyarah Kanan i-CATS University College, Prof Madya Dr. Abu Sofian Yaacob, perubahan harga diesel ini mempunyai kesan berantai terhadap ekonomi negara.

“Apabila harga diesel meningkat, kos pengangkutan dan penghantaran turut naik sekali gus memberi tekanan kepada harga barangan di pasaran.

“Sebaliknya, apabila harga diesel menurun, tekanan kos itu boleh dikurangkan,” katanya.

Pensyarah Kanan i-CATS University College, Prof Madya Dr. Abu Sofian Yaacob.

Menurutnya, penurunan harga diesel ini juga mampu meredakan tekanan inflasi negara terutama dalam sektor logistik.

“Bagaimanapun, kesannya dijangka sederhana dan bukan drastik kerana inflasi turut dipengaruhi faktor lain seperti harga makanan global, kadar tukaran ringgit, kos import serta permintaan domestik,” katanya.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dan memaklumkan inflasi negara masih terkawal meskipun risiko luaran terus wujud.