Penghantar barang maut, motosikal terjunam ke sawah padi

Foto hiasan

KUALA KEDAH, 4 Jun – Seorang penghantar barang maut apabila motosikal yang ditunggangi hilang kawalan dan terbabas di Jalan Ban Kg Sematang Bogak, Simpang Jalan Kubang Rotan, di sini pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti Muhammad Azwar Sokri @ Shukri, 26, dilaporkan terlibat dalam kejadian pada pukul 7.19 malam.
  • Motosikal dipercayai terbabas lalu terjunam ke dalam sawah padi dengan takungan air kira-kira paras dua kaki.
  • Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan memaklumkan, kejadian melibatkan mangsa Muhammad Azwar Sokri @ Shukri, 26 tahun berlaku pada pukul 7.19 malam.

“Mangsa Muhammad Azwar dipercayai terbabas lalu terjunam ke dalam sawah padi yang terdapat takungan air lebih kurang paras dua kaki.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.