
GEORGE TOWN, 25 Oktober – Malam Puisi Riong 2026 menjadi platform mengangkat martabat Bahasa Melayu dan sastera menerusi pendekatan seni yang menggabungkan puisi, muzik, nyanyian serta tarian bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.
- Program dianjurkan bersama DBP menggunakan pendekatan seni dan hiburan untuk menyampaikan karya sastera secara lebih menarik.
- Wadah untuk menghayati penggunaan bahasa yang baik dan mendalami nilai sastera melalui bentuk penyampaian hiburan.
- Menyemarakkan penghayatan bahasa dan sastera dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan penghargaan terhadap Bahasa Melayu.
- Menampilkan artis jemputan tempatan untuk memperkaya persembahan dan menarik minat penonton.
Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abang Haliman Abang Julai berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama DBP itu menggunakan pendekatan seni dan hiburan bagi menyampaikan karya sastera dengan lebih menarik.
“Kita menggabungkan pelbagai acara termasuk bacaan puisi, nyanyian dan tarian, selain menampilkan dua artis jemputan yang berasal dari Pulau Pinang.
“Program ini merupakan wadah untuk menghayati penggunaan bahasa yang baik serta mendalami nilai sastera melalui penyampaian dalam bentuk hiburan,” katanya ketika hadir ke Malam Puisi Riong 2026 di Padang Kota Lama, di sini.
Program itu juga merupakan usaha untuk menyemarakkan penghayatan bahasa dan sastera dalam kalangan masyarakat, sekali gus meningkatkan penghargaan terhadap keindahan bahasa Melayu.