Sivasangari juarai Terbuka Silicon Valley 2026

S. Sivasangari menjuarai Terbuka Silicon Valley 2026/ Facebook PSA Squash Tour

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Aksi meyakinkan dipamerkan S. Sivasangari hanya mengambil masa selama 31 minit sekali gus membolehkan pemain skuasy wanita negara itu menjuarai Terbuka Silicon Valley 2026 selepas menewaskan wakil Mesir, Farida Mohamed, dalam aksi akhir di Redwood City, California, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sivasangari menjuarai Terbuka Silicon Valley 2026 dengan keputusan 11-7, 11-6, 11-8.
  • Gelaran itu merupakan kejuaraan Emas keempat beliau dan kejuaraan PSA pertama musim ini.
  • Berjaya menebus kekecewaan tahun lalu setelah hanya muncul naib juara.
  • Sebelum ini, Sivasangari pertahankan emas perseorangan dan bantu pasukan raih emas Sukan Asia, mengesahkan kelayakan LA28.

Kemenangan itu memastikan pemain nombor empat dunia itu menggenggam trofi kejuaraan bagi kejohanan yang bertaraf emas berkenaan dengan mata 11-7, 11-6, 11-8.

Kejayaan itu lebih bermakna buat Sivasangari apabila beliau menebus kekecewaan tahun lalu selepas sekadar muncul naib juara, selain meraih gelaran keempatnya dalam kejohanan bertaraf Emas dan kejuaraan pertama Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) musim ini.

“Saya pernah menetapkan sasaran untuk mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Platinum dan sudah berjaya melakukannya pada awal musim ini. Jadi sekarang saya mahu melangkah lebih jauh dan cuba memenangi kejohanan Platinum” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan akhir kejohanan tersebut yang menawarkan jumlah hadiah keseluruhan AS$143,500 (RM585,637) bagi kategori wanita.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kedah berusia 27 tahun itu turut mencipta kejayaan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila mempertahankan pingat emas perseorangan wanita, sebelum membantu Malaysia meraih emas acara berpasukan wanita.

Pencapaian cemerlang itu turut mengesahkan kelayakan Sivasangari untuk beraksi pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.