Johor hargai jasa petugas kesihatan dengan peruntukan khas RM600,000

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar pada Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor/Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 4 Jun – Peruntukan berjumlah RM600,000 diumumkan bagi memperkasa sektor kesihatan di Johor sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan petugas kesihatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM500,000 diumumkan untuk meningkatkan kebajikan jururawat negeri Johor.
  • Peruntukan RM100,000 diluluskan sebagai penghargaan kepada Penolong Pegawai Perubatan.
  • Pengumuman dibuat sempena Sambutan Hari Jururawat Negeri yang dihadiri kira-kira 1,000 petugas kesihatan.
  • Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan KKM bagi mempercepat pengisian kekosongan demi perkhidmatan kesihatan lebih cekap dan berkesan.

Daripada jumlah itu, RM500,000 diperuntukkan bagi meningkatkan kebajikan jururawat, manakala RM100,000 lagi disalurkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant).

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Johor yang dihadiri kira-kira 1,000 petugas kesihatan dari seluruh negeri.

“Bagi terus membakar semangat jururawat negeri Johor, sukacita saya mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000.

“Untuk Medical Assistant pula, saya minta maaf kerana sebelum ini tidak diumumkan. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka, kita luluskan peruntukan sebanyak RM100,000,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mempercepatkan proses pengisian kekosongan petugas kesihatan di Johor.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.