
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan dalam melaksanakan tadbir urus negara dan menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat demikian tegas Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim.
- Semua pihak diminta tumpu usaha pemerintahan dan bukan memikirkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU16.
- Perdana Menteri ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
- Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor untuk membolehkan diadakan PRN Johor.
Menurut beliau, semua pihak perlu memikirkan tumpuan sepenuhnya kepada usaha berkenaan berbanding memikirkan soal pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Kerajaan MADANI mempunyai keutamaan tersendiri dan ketika ini fokus kami adalah untuk terus bekerja serta melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara.
Perdaan Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa pad Rabu bagi memberi laluan kepada PRN Johor ke-16.