PSPN Zon Tengah 2026 himpun pelbagai agensi, perkukuh perkhidmatan rakyat

Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap (tengah) bergambar selepas merasmikan Karnival Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) Zon Tengah Tahun 2026, Batu Caves, hari ini / foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Penglibatan pelbagai agensi kerajaan serta sektor swasta, tonggak utama Karnival Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) Zon Tengah 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konsep "One Stop Community Support" salurkan pelbagai perkhidmatan dan bantuan rakyat secara bersepadu di bawah satu platform.
  • Kerjasama rentas agensi memperkukuh jaringan strategik antara Tentera Darat, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.
  • Aktiviti utama seperti pemeriksaan kesihatan MEDCAP, Kotak Rezeki, servis motosikal percuma, Jualan Rahmah dan demonstrasi keselamatan.

Karnival berkonsepkan “One Stop Community Support”, dengan pelbagai perkhidmatan dan bantuan rakyat disalurkan secara bersepadu di bawah satu platform.

Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD), Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap berkata, kerjasama rentas agensi itu membolehkan pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, selain memperkukuh jaringan strategik antara tentera, kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.

“Program ini berteraskan Pelan Malaysia MADANI yang diperluaskan melalui Pelan Strategik Pertahanan Negara bagi mengeratkan hubungan antara ATM dan masyarakat, selain membantu komuniti setempat.

“Selaras dengan tema ‘Tentera Turun Padang, Rakyat Jadi Senang’, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi mendekatkan anggota tentera dengan masyarakat.

“Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama antara ATM, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival PSPN Zon Tengah 2026 di sini, hari ini.

Antara pengisian utama program ialah Program Pemeriksaan Kesihatan dan Perubatan (MEDCAP), pemberian Kotak Rezeki, servis motosikal percuma, Jualan Rahmah, Agro MADANI, pameran kerjaya ATM, pameran aset Tentera Darat serta agensi awam, dan demonstrasi keselamatan.

Karnival itu turut menjadi platform interaksi langsung antara kepimpinan Tentera Darat, agensi terlibat dan masyarakat melalui pendekatan turun padang yang menekankan sesi libat urus bersama komuniti setempat.

Menurut Mejar Jeneral Datuk Norsham, program itu juga mencerminkan komitmen Tentera Darat dalam memperkukuh hubungan strategik bersama semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata penglibatan semua pihak membolehkan perkhidmatan disalurkan dengan lebih berkesan, di samping memperkukuh persefahaman antara tentera dan rakyat dalam suasana harmoni.

Menurutnya lagi, pendekatan turun padang melalui sesi libat urus secara langsung turut memperlihatkan keprihatinan Tentera Darat dalam memahami keperluan komuniti serta memastikan inisiatif kesejahteraan rakyat dapat memberi manfaat secara menyeluruh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.