
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur setelah pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, di Ipoh sejak 14 hari lalu ditemukan selamat petang tadi.
- Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan, pasukan penyelamat dan penduduk Orang Asli Lubuk Gaharu.
- Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon, memaklumkan mangsa ditemui kira-kira pukul 3 petang.
- Penemuan dilaporkan oleh penduduk kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor sebelum pihak berkuasa dimaklumkan.
- Jaslinda kini berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu menunggu tindakan lanjut dan pengesahan identiti.
Melalui hantaran terbaharu di Facebook rasmi, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan pasukan penyelamat , serta penduduk Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi Jaslinda.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon, mangsa ditemui kira-kira pukul 3 petang ketika berada di kawasan berkenaan.
Penduduk itu kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Ketika ini Jaslinda berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara menunggu tindakan lanjut pasukan penyelamat dan pihak berkuasa.
Operasi berkaitan kes berkenaan dijangka diteruskan bagi tujuan dokumentasi serta pengesahan rasmi identiti mangsa.