
KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penganjuran perlawanan AllStar Legends yang menghimpunkan bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan legenda bola sepak dunia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, malam tadi.
- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol hadir menyaksikan perlawanan antara Premier League Legends dan World Legends.
- Premier League Legends meraih kemenangan tipis 7-6 ke atas World Legends.
- Perlawanan menampilkan bekas bintang seperti Ryan Giggs, Steven Gerrard, Michael Owen dan Alessandro Del Piero.
Menurut hantaran Facebook rasmi KBS, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol hadir menyaksikan perlawanan antara Premier League Legends dan World Legends yang menyaksikan Premier League Legends meraih kemenangan 7-6.
“Kehadiran beliau mencerminkan sokongan KBS terhadap penganjuran acara berkenaan, selain menjadi platform untuk mendekatkan legenda bola sepak antarabangsa dengan peminat tempatan,” menurut hantara itu.
Mordi turut bersama barisan pemain Premier League Legends meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan.
Perlawanan itu menampilkan beberapa bekas bintang EPL dan legenda bola sepak dunia termasuk Ryan Giggs, Steven Gerrard, Michael Owen, John Arne Riise, Eidur Gudjohnsen, Javier Saviola, Jaap Stam dan Alessandro Del Piero.
Aksi lima sebelah itu adalah kesinambungan penganjuran Battle of the Reds dua tahun lepas.