Operasi SAR Jaslinda ditamatkan secara rasmi

FOTO FB MALIM GUNUNG PERHUTANAN

TAPAH, 6 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang semasa mendaki di Gunung Batu Putih ditamatkan secara rasmi setelah mangsa ditemukan selamat petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Maklumat diterima IPD Tapah melalui talian MERS 999 pada pukul 4.55 petang.
  • Mangsa berumur 49 tahun ditemui selamat oleh penduduk orang asli dari Kampung Lubuk Geharu, Pos Musoh, Tapah.
  • Mangsa sedar dan dibawa ke rumah penemu untuk bantuan awal dan makanan.
  • PDRM Kontinjen Perak merakamkan penghargaan kepada agensi, NGO, sukarelawan, masyarakat orang asli dan orang awam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, maklumat mengenai kejadian diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerusi talian MERS 999 pada pukul 4.55 petang.

Jaslinda, 49 tahun ditemukan dalam keadaan selamat oleh seorang penduduk orang asli dari Kampung Lubuk Geharu, Pos Musoh, Tapah.

Mangsa ditemukan dalam keadaan sedar sebelum dibawa ke rumah penemu untuk diberikan bantuan awal dan makanan.

Pihak polis telah membuat pengesahan penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, masyarakat orang asli dan orang awam yang memberikan kerjasama sepanjang operasi berlangsung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.