fb fb fb fb fb

Program Ziarah Asnaf platform mendekati asnaf

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar komited menyertai Program Ziarah Asnaf sebagai rutin setiap bulan sebagai platform untuk lebih dekat dengan para asnaf sebagai penerima bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

Menerusi program itu para asnaf mudah didekati secara bersemuka dan menghulurkan bantuan, selain berpeluang untuk mendengar keluhan serta masalah lain yang dihadapi mereka. 

"Kita buat setiap bulan sekali dengan harapan apabila saya dengan pengurusan tertinggi MAIWP, kita jumpa dengan golongan yang susah dalam kehidupan mereka yang Allah uji sama ada kesihatan kewangan mereka.

"Jadi ia memberikan kesedaran kepada saya sendiri secara peribadi dan rakan-rakan pengurusan tertinggi untuk kita sentiasa muhasabah dalam masa sama berpeluang untuk menyantuni sahabat-sahabat dan rakan-rakan diuji oleh Allah," katanya selepas menziarahi tiga buah rumah asnaf penerima bantuan MAIWP melalui Program Ziarah Asnaf siri yang pertama pada tahun ini di ibu negara.

Dalam masa sama MAIWP turut meluluskan sumbangan sebuah Ambulans kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) dengan peruntukan sebanyak RM250,000. 

Mohd Na'im turut berharap sumbangan itu dapat memberikan khidmat perubatan lebih baik buat masyarakat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI