fb fb fb fb fb

Program PEKB beri impak positif kepada B40

Abdul Aziz Ab Latif

KOTA BHARU, 28 Februari- Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) diberi tanggunjawab mengendalikan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi memperkasakan ekonomi komuniti bandar.

Program seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu bertujuan memberikan kelestarian dan impak yang positif kepada masyarakat terutamanya golongan B40 di bandar dengan mewujudkan perniagaan yang boleh menjana pendapatan tinggi dan meningkatkan kualiti hidup seterusnya keluar daripada kemiskinan.

Timbalan Presiden POKB, Profesor Datuk Abdul Aziz Ab Latif berkata program berkenaan juga bagi menarik minat masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran tertentu.   
 
"Apabila berlaku proses keusahawanan ini bukan sahaja menjana pendapatan kepada peserta, dia juga memberi peluang pekerjaan kepada orang lain juga mungkin anak-anak buah boleh dapat kerja dan ada juga rantaian sistem bekalan dan pemasaran jadi dia berantai, itu yang kita nak. Pada akhir nanti harapan kita ke arah penghapusan kemiskinan," katanya pada sidang media selepas Program PEKB di Kota Bharu hari ini.

Dalam program tersebut, seramai 30 orang peserta telah menjalani kursus makanan sejuk beku selama tujuh hari bertempat di sebuah hotel di Kota Bharu dengan kos keseluruhan berjumlah RM300,000.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM