fb fb fb fb fb

Program Komunikasi Tindakan Setempat Khas akan diperluas

TUMPAT, 24 September- Jabatan Penerangan Negeri Kelantan menggerakkan Program Komunikasi Tindakan Setempat Khas (MAPO) bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membanteras isu berkaitan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia demi keselamatan dan kedaulatan negara.

Menurut Pengarah Penerangan Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor, pelaksanaannya dibuat secara kolaborasi bersama rakan-rakan strategik seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan beberapa agensi kerajaan lain.

"Kelantan ini sebagai negeri yang bersempadan dan memang kita menumpukan kawasan sempadan agar kesedaran ini dapat ditingkatkan dari masa ke masa untuk penduduk memberi kerjasama dan juga sokongan padu kepada agensi-agensi penguatkuasaan bagi memudahkan kerja mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, penganjuran program itu akan diperluas terutama ke lokasi-lokasi tumpuan di kawasan sempadan negara di negeri itu agar maklumat berkaitan dapat disebar kepada masayarakat.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata melalui siri penerangan itu pelbagai isu berkaitan bahaya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia diberi fokus menerusi sesi bersemuka bersama wakil agensi berkaitan.


(Tambahnya, penganjuran program itu akan di perluas terutama ke lokasi-lokasi tumpuan
di kawasan sempadan negara di negeri itu agar maklumat berkaitan
dapat disebar kepada masayarakat.)
 

Media Baharu