fb fb fb fb fb

PPS Balai Raya Gemereh di Segamat dibuka

Keadaan banjir di Johor

JOHOR, 7 Januari- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Segamat iaitu di Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak) menjadikan sepuluh PPS beroperasi di Johor setakat ini.

Ia melibatkan empat daerah iaitu Segamat, Mersing, Kluang dan Kota Tinggi.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, 456 penduduk terjejas banjir daripada 125 keluarga, kini ditempatkan di PPS negeri itu.

Daripada pecahan itu, 20 penduduk daripada lima keluarga ditempatkan di satu PPS di Segamat, manakala 84 penduduk daripada 28 keluarga berada di satu PPS di Kluang.

Sementara itu daerah paling terjejas banjir di Johor ialah Kota Tinggi. Ia merekodkan 229 penduduk terjejas banjir daripada 60 keluarga berada di tujuh PPS.

Manakala 123 penduduk terjejas banjir masih berlindung di satu PPS di Mersing.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI