Pokok tumbang halang laluan di kawasan R&R Taviu Spring

Foto JBPM Sabah

RANAU, 4 Oktober – Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Taviu Spring, Kampung Toupos, Ranau, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pokok tumbang akibat tanah runtuh menghalang laluan.
  • JBPM terima panggilan kecemasan dan menggerakkan dua anggota pemadam ke lokasi.
  • Anggota bomba gunakan gergaji berantai memotong dan mengalihkan batang pokok ke tempat selamat.
  • Operasi turut dibantu PDRM dan pihak Pan Borneo; pemantauan lanjut diserahkan kepada Pan Borneo.

Kejadian berkenaan turut mengakibatkan sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.35 malam sebelum menggerakkan dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi.

“Pasukan bomba yang tiba kira-kira 45 minit kemudian mendapati sebatang pokok tumbang akibat tanah runtuh dan menghalang laluan.

“Anggota bomba menggunakan gergaji berantai untuk memotong serta mengalihkan batang pokok berkenaan ke tempat yang selamat.

“Operasi yang turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak Pan Borneo itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.55 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Tindakan susulan dan pemantauan lanjut di lokasi kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak Pan Borneo.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.