fb fb fb fb fb

PM tunai solat Jumaat, solat hajat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan doa selepas menunaikan solat Jumaat dan 
solat hajat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak) 

CHERAS, 23 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Ketibaan beliau pada pukul 1.25 tengah hari disambut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail dan pengurusan tertinggi masjid.

Hadir sama mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Khutbah Jumaat bertajuk 'Menyubur Keinsafan Di Sebalik Musibah' disampaikan Imam Masjid Saidina Uthman Ibn Affan, Ahmad Fakhruddin yang turut memimpin solat Jumaat.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah
di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak)

Sejurus itu, Anwar turut menyertai solat hajat bagi mendoakan dan memohon perlindungan Allah S.W.T daripada bencana banjir khususnya untuk negeri-negeri yang dilanda banjir ketika ini.

Selesai solat, beliau sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum bergerak meninggalkan masjid.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa untuk makan tengah hari di Medan Selera Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

Beliau sempat beramah mesra dengan para peniaga dan penduduk setempat sebelum bergerak ke masjid.

Media Baharu