fb fb fb fb fb

PM bertemu Sasterawan Negara, ke arah pemerkasaan bidang seni, budaya dan sastera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima,kiri) bergambar kenangan pada Sesi Dialog Perdana Menteri Bersama Sasterawan Negara di Kompleks Seri Perdana

PUTRAJAYA, 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi dialog bersama tujuh Sasterawan Negara di Seri Perdana, di sini pada Jumaat.

Acara tertutup itu menjadi wadah menambah baik aspek seni, budaya dan sastera negara.

Antara sasterawan negara yang hadir, Datuk Dr. A. Samad Said, Profesor Emeritus Muhammad Salleh, Datuk Dr. Mohd Anuar Haj Rethwan, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Profesor Datuk Dr. Siti Zainon lsmail.

Pada pertemuan hampir dua jam itu, Anwar mendengar sendiri keluhan, teguran dan pandangan sasterawan terlibat.

Antara cadangan termasuk menjadikan kawasan sekitar Jalan Belfield dan Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur sebagai lokasi tumpuan kegiatan sastera, bahasa dan kebudayaan.

Turut dibincangkan, pembelajaran karya agung sastera tempatan dan dunia, di samping peranan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam pengajian berkaitan sastera.

Anwar turut menyarankan karya Sasterawan Negara dijadikan cenderahati kepada tetamu kerajaan selain diedar di kedutaan Malaysia di luar negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN