Kebakaran pendawaian nyaris musnahkan kediaman, kereta

Foto Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor

PETALING JAYA, 19 Julai – Kebakaran pendawaian elektrik di bahagian balkoni nyaris menyebabkan kebakaran lebih besar di sebuah kediaman di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan memaklumkan, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 7.25 malam itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan.
  • Kebakaran mengakibatkan kerosakan kira-kira 10 peratus pada kediaman dan 20 peratus pada sebuah kereta.
  • Seramai 13 anggota BBP Petaling Jaya dikerahkan dengan bantuan BBP Penchala.
  • Operasi menggunakan LFRT, FRT dan dua RIM; kebakaran dikawal sepenuhnya pada pukul 7.39 malam.

“Kebakaran berkenaan dianggarkan 10 peratus dan ia turut menyebabkan sebuah kereta turut mengalami kebakaran 20 peratus.

“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dengan bantuan BBP Penchala digerakkan ke lokasi kejadian.

Light Fire Rescue Tender (LFRT) bersama Fire Rescue Tender (FRT) masing-masing satu unit dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) digunakan dalam operasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pihak bomba pada pukul 7.39 malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.