Kedai alat ganti motosikal dua tingkat di Gombak terbakar

Foto Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Sebuah kedai alat ganti motosikal dua tingkat di Kampung Kerdas Batu 6¼ Jalan Gombak, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran membabitkan bahagian atas dan bawah bangunan.
  • Tiada mangsa terlibat; panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.02 petang.
  • 15 anggota bomba dari BBP Selayang dibantu BBP Gombak Selatan; kebakaran dikawal pada 7.04 malam dan forensik siasat punca.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, kebakaran membabitkan bahagian atas dan bawah bangunan berkenaan.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.02 petang dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman melibatkan seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, dengan bantuan BBP Gombak Selatan, digerakkan ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu

Jentera tiba di lokasi pada pukul 6.17 petang dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.04 malam. Pasukan forensik kemudian melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.