Tragedi kapal karam: tujuh individu ditemukan selamat di Kepulauan Selayar

Pasukan Mencari dan Menyelamat meneruskan operasi mencari mangsa bot karam. Foto/ Pejabat SAR Makassar.

JAKARTA, 19 Julai – Pasukan penyelamat menemukan tujuh individu yang terselamat selepas sebuah kapal penumpang tenggelam beberapa hari lepas di perairan Kepulauan Selayar, Indonesia dengan seramai 18 lagi mangsa dilapor masih hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun antara yang diselamatkan.
  • Kapal penumpang kayu membawa 78 penumpang dilapor karam Rabu lalu di perairan barat Pulau Polassi.
  • Lima diselamatkan oleh bot nelayan pada Sabtu dan dua lagi, seorang lelaki serta ibunya, ditemui berhampiran Pulau Sanipa pada Ahad.

Mangsa yang ditemukan termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, memetik media tempatan pada Ahad.

Kapal penumpang kayu yang membawa 78 penumpang berkenaan dilapor karam Rabu lalu di perairan barat Pulau Polassi.

Pada Sabtu, lima mangsa terselamat telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan manakala pada Ahad, pasukan mencari dan menyelamat menemukan dua lagi mangsa terselamat, iaitu seorang lelaki dan ibunya, di perairan berhampiran Pulau Sanipa. – Bernama

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.