Menteri Komunikasi seru rakyat kibar Jalur Gemilang dengan bangga

Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga serta memastikan bendera dalam keadaan sempurna dan dipasang dengan betul.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ingatan berhati-hati menggunakan AI di platform digital supaya tidak menjejaskan maruah lambang kebanggaan negara.
  • Tahniah kepada Faizal Tahir; lagu "Aku Berjanji" dipilih sebagai lagu tema HKHM, membawa mesej perpaduan dan cinta negara.
  • Lagu itu dipersembahkan pertama kali semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 di Ipoh, dilancarkan Perdana Menteri.

“Sama juga di platform digital. Hati-hati jika guna AI. Jangan sampai tak cukup sifat dan menjejaskan maruah lambang kebanggaan kita”, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir atas penghasilan lagu “Aku Berjanji” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

“Tahniah Faizal atas karya yang membawa mesej perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan negara”, katanya.

Beliau berkata lagu itu dipersembahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang berlangsung di Ipoh.

“Bahang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dah mula terasa! Hari ini, Perdana Menteri telah melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 di Ipoh, Perak”, katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.