Kerajaan MADANI perluas Jualan Rahmah, STR dan SARA menjelang Belanjawan 2027

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Program MADANI Kita di Ipoh, hari ini./ FB Anwar Ibrahim

IPOH, 19 Julai – Kerajaan MADANI akan terus memperluaskan pelbagai inisiatif termasuk Jualan Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan memperkukuh bantuan dan rangka perlindungan sosial menjelang Belanjawan 2027 untuk meringankan beban kos sara hidup.
  • Keutamaan kerajaan ialah meningkatkan taraf hidup rakyat dan menambah baik bantuan selagi keadaan kewangan negara mengizinkan.
  • Pemimpin turun padang melalui Program MADANI Kita, mendengar suara rakyat dan menjadikan keluhan mereka pedoman dalam setiap keputusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan terus diperkukuh menjelang Belanjawan 2027, selain menegaskan suara rakyat sentiasa menjadi pedoman dalam setiap keputusan kerajaan.

“Walaupun bantuan itu mungkin dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi manfaat besar kepada keluarga yang sedang berdepan tekanan kewangan.

“Usaha meningkatkan taraf hidup rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

“Selagi kemampuan kewangan negara mengizinkan, kita akan terus menambah baik bantuan, memperkukuh jaringan perlindungan sosial serta memastikan kemakmuran negara benar-benar dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Program MADANI Kita di Ipoh, Perak, yang disifatkannya sebagai ikhtiar kerajaan memastikan perkhidmatan awam benar-benar turun padang bagi mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka secara langsung.

Menurut beliau, amanah memimpin negara bukan sekadar membangunkan infrastruktur dan prasarana, sebaliknya memastikan setiap keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Katanya, sepanjang program itu beliau berpeluang mendengar sendiri keluhan rakyat.

“Saya mendengar sendiri kegusaran seorang ibu yang bergelut dengan kos sara hidup, seorang bapa yang berhempas pulas mencari rezeki, serta warga emas yang hanya mengharapkan sedikit kelegaan untuk meneruskan kehidupan.

“Suara merekalah yang sentiasa menjadi pedoman dalam setiap keputusan yang kita ambil,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.