
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 9.00 malam ini.
- MetMalaysia menerusi kenyataan mengumumkan amaran cuaca melibatkan beberapa negeri dan kawasan.
- Kawasan terlibat di Kedah termasuk Baling, Kulim, Bandar Baharu; di Perak meliputi Kerian, Larut Matang dan Selama serta beberapa daerah lain.
- Kelantan terjejas (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh); Terengganu dan Pahang turut melibatkan beberapa daerah.
- Selangor (Hulu Selangor, Gombak), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor (Segamat, Mersing, Kota Tinggi), Sarawak dan Sabah turut dilaporkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) , manakala Terengganu (Besut, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin).
Selain itu, turut terjejas negeri Selangor (Hulu Selangor dan Gombak), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).
Sementara itu, kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Kuching, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang serta di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).