PETRONAS perkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global

Perdana Menteri Menyaksikan pertukaran dokumen penting antara Malaysia dan Turkmenistan. Foto/FB PM

KUALA LUMPUR, 21 JUN – Kejayaan memperluas peranan PETRONAS dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd memeterai perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang.
  • Kerjasama dengan Turkmennebit dan Hazarnebit memperkukuh kehadiran di Laut Kaspia serta memperluas portfolio huluan negara.
  • Lawatan rasmi menyaksikan pemeteraian dokumen pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan, Perdana Menteri yakin ia akan mengangkat hubungan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran dalam X memaklumkan, ia juga menunjukkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia serta rekod cemerlang Petronas yang telah bertapak dan beroperasi di Turkmenistan selama tiga dekad.

Pada Sabtu, Petronas menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB) telah memeterai beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.

Antara perjanjian itu adalah kerjasama dengan State Concern Turkmennebit (Turkmennebit) dan State Enterprise Hazarnebit (Hazarnebit) bagi memperkukuh kehadirannya di Laut Kaspia serta memperluas portfolio huluannya di negara itu.

Perdana Menteri berkata, lawatan rasmi dua hari, bermula 18 hingga 19 Jun ke negara Asia Tengah itu turut menyaksikan pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama melibatkan bidang pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan.

“Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan mengangkat hubungan Malaysia-Turkmenistan ke tahap yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan kepentingan negara,” kata beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.