Perairan Batu Pahat dilanda gempa bumi

Gempa bumi lemah pada skala 3.3 dikesan di Perairan Batu Pahat, Johor.

KUALA LUMPUR, 21 JUN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi berkekuatan 3.3 pada skala Richter berlaku di Perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 1.17 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa dikesan 20 km Barat Daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10 km.
  • Gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat, menurut MetMalaysia.
  • MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan meminta penduduk yang merasai gegaran mengisi borang soal selidik.

Menerusi hantaran dalam Facebook, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada kedudukan 20 kilometer (km) Barat Daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10 km.

“Gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat, Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran itu.

Jabatan itu turut memohon peduduk sekitar yang merasai gegaran akibat gempa itu agar mengisi borang soal selidik pada pautan https://forms.gle/ZSwro3yNA99U6pq46.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.