Usahawan tauge Al Ahnaf raih Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Terengganu

Foto JBSN Terengganu

HULU TERENGGANU, 21 Jun – Kegigihan anak muda Mohammad Al Ahnaf Mohd Roslan,25, menceburkan diri dalam sektor agromakanan melayakkan beliau menerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemimpin belia dari Felda Jerangau, Dungun menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk menceburi pertanian sebagai sumber pendapatan.
  • Lepasan TVET Institut Pertanian Serdang, usahawan tauge bersyukur dan berazam meningkatkan sumbangan kepada masyarakat terutama di luar bandar.
  • Persatuan Belia Felda Jerangau memenangi kategori Pertubuhan Belia, membawa pulang piala serta hadiah wang tunai RM10,000.

Pemilihan ikon belia dan usahawan pertanian moden berasal dari Felda Jerangau, Dungun ini menjadi inspirasi kepada individu lain untuk terus menceburi bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.

Lepasan jurusan TVET pertanian dari Institut Pertanian Serdang ini membuktikan segala usahanya berbaloi sekali gus menjadi teladan kepada belia lain.

“Saya memang bersyukur dan tidak menyangka akan menang. Diharap dengan anugerah ini saya dapat meningkatkan lagi sumbangan saya kepada masyarakat terutama di luar bandar,” jelas Mohamad Al Ahnaf yang juga mengusahakan tanaman tauge.

Bagi pemenang kategori individu wanita, Nor Ainsyafikah Madiran, 29, menzahirkan rasa bersyukur setelah pencalonan kali ke-3 akhirnya melayakkan beliau meraih pengiktirafan tersebut.

“Menerusi anugerah ini, menjadi batu loncatan kepada lebih ramai belia untuk bergiat aktif terutama dalam persatuan belia yang banyak memberi banyak manfaat kepada anak muda,” tambah beliau.

Pada majlis sama, bagi kategori Pertubuhan Belia dimenangi oleh Persatuan Belia Felda Jerangau yang membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM10,000.

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu turut dimeriahkan dengan pelbagai program  melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.