
HULU TERENGGANU, 21 Jun – 30 acara memeriahkan sambutan Festival Belia @Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung dua hari bermula Jumaat lepas.
- Pemilihan Kuala Telemong sebagai tuan rumah bertujuan merapatkan jurang antara belia luar bandar dan galakkan aktiviti progresif.
- Penganjuran karnival melibatkan komuniti orang asli, memberi pendedahan dan keyakinan kepada murid serta peluang penyertaan sosial.
- Acara buka peluang pekerjaan dan penyertaan tanpa pilih kasih untuk pelbagai peringkat umur komuniti setempat.
Edisi kali ini mencapai matlamatnya dengan menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat luar bandar,” jelas Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Mukhri Mamat.
Jelasnya, Majlis Belia Negeri Terengganu bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu memilih Kuala Telemong di Hulu Terengganu selaku tuan rumah kali ini.
“Pemilihan lokasi berkenaan bermatlamat merapatkan jurang antara belia luar bandar agar mereka sama-sama menyemarakkan aktiviti dengan lebih progresif,” katanya.
Beliau berkata penganjuran berbentuk karnival ini juga melibatkan penyertaan komuniti orang asli.
Pengunjung turut menyifatkan penganjuran di luar bandar memberi pendedahan kepada pelbagai peluang pekerjaan.
“Di sini kami diberi lebih banyak peluang pendedahan tentang peluang pekerjaan termasuk mendedahkan kepada murid orang asli cara bergaul dengan masyarakat setempat agar mereka lebih berani tampil bersaing,” menurut guru Sekolah Kebangsaan Berua, Normi Ab Razak.
“Segala aktiviti di sini membuka peluang semua peringkat umur mengambl bahagian tanpa pilih kasih,” kata penduduk setempat, Wan Norlia Wan Daud.