Lebih 2,700 peserta sertai Larian Zakat dan Wakaf 2026

Foto FB KoPPZ

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Lebih 2,700 peserta mengambil bahagian dalam program Larian Zakat and Wakaf 2026 di ibu negara, pagi tadi.

Penganjuran melibatkan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Koperasi PPZ Berhad (KoPPZ).

RINGKASAN BERITA AI
  • Program dianjurkan JAWHAR dengan kerjasama Koperasi PPZ Berhad (KoPPZ).
  • Dijalankan bersempena Program Kuala Lumpur Car-Free Morning di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Terdapat tiga kategori larian: tiga, lima dan tujuh kilometer, mempromosi gaya hidup sihat.
  • Dilancarkan oleh Ketua Pengarah JAWHAR Datuk Mohd Zaidi; acara bertujuan tingkatkan kesedaran zakat dan wakaf serta satukan komuniti termasuk OKU.

Edisi penganjuran kali kelima ini juga diadakan bersempena Program Kuala Lumpur Car-Free Morning (KLCFM) yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pelepasan acara larian (flag off) disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Mohd Zaidi Ramli.

Turut hadir Pengerusi Ko-PPZ, Azhan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Wakaf MAINPP); Abdul Mohsein Mohd Shariff dan Norazman Amat, Pengarah Jabatan Wakaf & Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Program gaya hidup sihat tersebut melibatkan tiga kategori jarak larian iaitu tiga, lima dan tujuh kilometer.

Menurut Datuk Mohd Zaidi, program tersebut memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan zakat dan wakaf, di samping menyatukan komuniti termasuk Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.