fb fb fb fb fb

BRICS: Penyertaan Malaysia, platform suarakan pendapat

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Penyertaan dalam BRICS membolehkan Malaysia mempunyai satu platform lain untuk menyuarakan pendapat, selain menerusi ASEAN.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau turut menyatakan hasrat penyertaan tersebut kepada Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ketika lawatan kerjanya ke Malaysia baru-baru ini.

"BRICS ini merupakan satu blok yang tidak formal dan bukannya satu blok kalau menjadi anggota kita mesti menandatangan triti, macam-macam triti. Seperti nak masuk ASEAN, Timor Leste sekarang berstatus sebagai pemerhati, dia nak menjadi ahli penuh, mesti menandatangani undang-undang triti... Triti yang ada 84 triti semuanya.

"BRICS tidak begitu, BRICS kumpulan negara-negara yang longgar, yang tidak mempunyai apa-apa keperluan untuk kita tandatangan apa-apa triti di dalamnya.

"Kita melihat ianya sebagai satu blok yang boleh menjadi platform yang baik kepada negara kita untuk bersuara di peringkat, selain daripada ASEAN. BRICS blok lebih besar, lebih anggota mempunyai populasi penduduk lebih dua bilion, yang mempunyai keluaran dalam negera kasar(KDN) besar", katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Senator Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah berhubung adakah mesyuarat ASEAN akan datang membincangkan keberadaan ASEAN dalam BRICS.

ROSLINA BINTI DIN