fb fb fb fb fb

Penambahbaikan pusat data perlu bagi penggunaan AI

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 17 Julai -Penambahbaikan dasar penerimaan pelaburan pusat data akan dilaksana bertujuan memudah penggunaan AI dalam negara kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Ini termasuk menyediakan garis panduan komprehensif untuk keberkesanan penggunaan kuasa dan air, serta tenaga yang boleh diperbaharui (RE) yang mencukupi.

"Majlis pelaburan mengarah MITI dan MIDA pastikan ada program vendor tempatan dan 'localisation' bila ada pelaburan pusat data mseti program tempatan juga untuk bangunkan ekosistem digital secara keseluruhan", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli mengenai usaha kerajaan untuk mengawal selia pusat data negara.

Jelasnya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ia turut melibatkan Majlis Pelaburan bersama MITI dan MIDA. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD