Pasaran minyak melonjak susulan konflik baharu Amerika Syarikat-Iran

Kapal-kapal dilihat berlabuh di Selat Hormuz dari kawasan Musandam, Oman, pada 3 Jun 2026/ Reuters

HONG KONG, 20 Julai- Harga minyak mentah melonjak dalam dagangan awal Asia pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran untuk malam kesembilan berturut-turut dan sebuah kapal dilaporkan terbakar di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebimbangan konflik Asia Barat boleh menjejaskan penghantaran minyak melalui Selat Hormuz.
  • Niaga hadapan Brent naik 2.72 peratus kepada AS$90.50 setong, sempat melepasi AS$91, paras tertinggi sejak Jun.
  • Penanda aras AS WTI meningkat 2.39 peratus kepada AS$84.46 setong.

Kenaikan itu mencerminkan kebimbangan semakin meningkat bahawa konflik baharu di Asia Barat boleh menjejaskan penghantaran minyak melalui selat berkenaan yang merupakan laluan penting bagi bekalan tenaga global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran September meningkat 2.72 peratus kepada AS$90.50 setong sekitar pukul 1.00 pagi GMT, selepas seketika melepasi paras AS$91 setong, harga tertinggi sejak Jun.

Penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), pula meningkat 2.39 peratus kepada AS$84.46 setong.

Agensi keselamatan maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan sebuah kapal terbakar di Selat Hormuz pada Isnin, di perairan kira-kira 15 kilometer barat laut Oman.

Bagaimanapun, punca kebakaran itu masih belum diketahui. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.