Pemerkasaan TVET terus lahirkan tenaga mahir

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat reruai peserta terlibat bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2026 di Putrajaya

PUTRAJAYA, 5 Jun – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkasa bagi melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri, sekali gus membantu meningkatkan gaji permulaan graduan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan tenaga mahir meningkat; TVET penting untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor industri.
  • Penguasaan kemahiran relevan membolehkan lepasan TVET mendapat peluang pekerjaan lebih baik dan gaji permulaan lebih tinggi.
  • Hari TVET Negara perkenal konsep High TVET untuk pelajar dan pemohon, tingkatkan penyertaan serta selaraskan latihan dengan kehendak industri dan teknologi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keperluan tenaga kerja mahir dalam pelbagai sektor ketika ini semakin meningkat dan TVET memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan tersebut.

Penguasaan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri membolehkan lepasan TVET menikmati peluang pekerjaan yang lebih baik serta gaji permulaan lebih tinggi.

“Ini secara langsung akan mempertingkatkan gaji permulaan kepada lepasan pelajar-pelajar lepasan TVET,” katanya ketika sesi temu mesra sambutan Hari TVET Negara 2026 di sini hari ini.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, penganjuran Hari TVET Negara bertujuan memperkenalkan konsep High TVET kepada pelajar institusi TVET serta bakal
pemohon di seluruh negara.

Pendekatan itu penting bagi memastikan institusi TVET dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang diperlukan industri, selaras dengan perkembangan ekonomi dan teknologi semasa.

Dalam pada itu peningkatan penyertaan pelajar dalam bidang TVET dilihat sebagai petanda positif terhadap tahap kesedaran masyarakat mengenai potensi laluan pendidikan berasaskan kemahiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.