Peluang digital diperluas, usahawan wanita lebih berdaya saing

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 6 April – Akses pembiayaan dan peluang dalam ekonomi digital bagi Usahawan Wanita terus diperluas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keterlibatan wanita dalam PKS dan tenaga buruh meningkat, tetapi rentan kepada kejutan global tanpa sokongan dan intervensi tepat.
  • Wanita perlu dikuasakan dengan keupayaan kewangan, kemahiran digital dan peluang kepimpinan untuk meningkatkan daya tahan dan pemilikan aset.
  • Peranan kerajaan penting untuk memperkukuh pembiayaan serta memperluas latihan termasuk TVET dan platform digital bagi usahawan wanita.

Ini bagi memastikan golongan itu mempunyai keupayaan berkembang dan bertahan dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meskipun keterlibatan wanita dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dan tenaga buruh semakin memberangsangkan.

Namun, ia berpotensi terdedah kepada kejutan global dan boleh terjejas tanpa sokongan serta intervensi yang bertepatan.

“Mereka sangat terdedah kepada kejutan global. Tanpa sokongan yang tepat dan mereka boleh terjejas dengan cepat.

“Sebab itu, daya tahan semata-mata tidak mencukupi. Wanita perlu diperkasa untuk memimpin dengan keupayaan kewangan, kemahiran digital serta akses kepada peluang sebenar.

“Dalam hal ini, peranan kerajaan amat penting. Kita perlu memperkukuh akses kepada pembiayaan bagi usahawan wanita. Kita juga perlu memperluas latihan dan peningkatan kemahiran, termasuk melalui TVET dan platform digital.” Beliau berucap merasmikan Voices of Her Forum – Women and Economic Power: Survival, Leadership and Asset Ownership di Ibu Negara.

Program dihadiri, lebih 300 peserta terdiri daripada NGO, Ahli Korporat dan Komuniti Perniagaan Wanita dari seluruh negara.