FCOEE anjur persidangan antarabangsa teknologi digital

FCoEE akan menganjurkan persidangan teknologi digital antarabangsa dengan kerjasama UKM; UMSU dan UMK – FCoEE

MEDAN, 6 Mei – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) julung kalinya akan menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai teknologi digital generasi akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persidangan bertemakan "mengubah landskap digital" memfokuskan teknologi baharu dan inovasi dalam bidang digital.
  • Lebih 200 penyelidik, pakar industri dan pelajar pascasiswazah dijangka berkongsi penyelidikan dan berkolaborasi.
  • Diadakan 12 hingga 14 September 2026 di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Indonesia.
  • Perbincangan meliputi AI, robotik, IoT, keusahawanan digital dan AI dalam pendidikan; melibatkan kerjasama UKM, UMSU dan UMK.

Bertemakan “mengubah landskap digital dengan kemunculan teknologi baharu”, persidangan itu dijangka menghimpunkan 200 penyelidik terkemuka, pakar industri dan pelajar pascasiswazah untuk membincangkan kemajuan inovatif dalam teknologi digital.

Persidangan bakal berlangsung pada 12 hingga 14 September 2026 di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia.

Persidangan bakal berlangsung pada 12 hingga 14 September 2026 di UMSU, Indonesia – FCoEE

Pengerusi Eksekutif FCoEE, Prof Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata, persidangan itu akan meneroka arah aliran baharu melibatkan golongan asnaf, khususnya kecerdasan buatan (AI), robotik dan Internet Pelbagai Benda (IoT) selain keusahawanan digital serta AI untuk pendidikan dan pengkomputeran.

Peserta akan berpeluang untuk berkongsi hasil penyelidikan, terlibat dalam perbincangan yang merangsang pemikiran, dan menjalin rangkaian dengan profesional dari seluruh dunia.

Menurutnya, persidangan kali ini memperlihatkan jalinan kolaborasi strategik antara FCoEE; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); UMSU dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).