
RAUB, 6 Mei – Seramai 49 penduduk daripada 16 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, susulan banjir yang melanda awal pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS Dewan SMA Al-Falah, Mukim Batu Talam mula beroperasi sepenuhnya pada pukul 7.00 pagi.
- Penduduk dipindahkan ke PPS sebagai langkah keselamatan berikutan keadaan banjir di kawasan penempatan.
- Kejadian dipercayai berpunca daripada peningkatan paras Sungai Kapur akibat hujan lebat berterusan.
- Dua keluarga terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Batu Talam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, PPS di Dewan SMA Al-Falah, Mukim Batu Talam mula beroperasi sepenuhnya pada pukul 7.00 pagi untuk menempatkan semua penduduk yang terjejas.
Kesemua penduduk terlibat dipindahkan sebagai langkah keselamatan berikutan keadaan banjir yang berlaku di kawasan penempatan mereka.
Kejadian dipercayai berpunca daripada peningkatan paras air Sungai Kapur, Batu Talam akibat hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.