fb fb fb fb fb

Paras air empangan Bukit Merah susut, JPS Perak laksana catuan air

IPOH, 19 Jun - Catuan air dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Perak susulan berlaku penyusutan paras air di kawasan tersebut.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagaimanapun berkata, bekalan air domestik kepada penduduk di daerah Kerian masih berjalan seperti biasa.

Jelasnya, paras air semasa berada pada aras kritikal pengairan tahap 1 iaitu 6.965 meter.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, memaklumkan pihaknya telah menghantar permohonan untuk melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan terlibat bagi meningkatkan paras air empangan tersebut.

(FOTO FAIL/BERNAMA)

Tambahnya lagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan akan berlaku pengurangan taburan hujan untuk tempoh dua minggu.   

Semalam, tular di media sosial paras air di Empangan Bukit Merah yang berada pada pada aras kritikal pengairan tahap 2 iaitu pada 6.706 meter.

Setakat pagi tadi, taburan hujan di kawasan tadahan telah menyumbang kepada peningkatan paras air empangan.

Media Baharu