BUDI95 langkah tepat dalam reformasi subsidi bahan api

Dr Apurva Sanghi/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 April Pelarasan kuota subsidi bahan api bawah mekanisme Program Budi MADANI (BUDI95) daripada 300 kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah positif dalam usaha kerajaan memperkukuh pengurusan subsidi secara lebih bersasar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan BUDI95 menyasarkan pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan berkesan untuk pengguna.
  • Langkah ini memastikan subsidi dimanfaatkan secara lebih adil, menurut Dr Apurva Sanghi, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Malaysia.
  • Harga subsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi kebanyakan rakyat walaupun kuota dikurangkan, untuk elak penurunan permintaan domestik.
  • Mekanisme subsidi lebih fleksibel memberi ruang pelarasan masa hadapan sekiranya keadaan fiskal memerlukan.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, langkah tersebut membantu memastikan subsidi dimanfaatkan secara lebih adil.

Pengurangan kuota itu dilihat sebagai pendekatan tepat dalam menambah baik struktur subsidi bahan api tanpa menjejaskan sokongan kepada majoriti pengguna.

“Kerajaan secara terbuka mengakui bahawa kos subsidi bahan api semakin meningkat, tetapi harga RM1.99 seliter masih dikekalkan bagi kebanyakan rakyat walaupun kuota dikurangkan. Langkah ini bertujuan untuk mengelak penyusutan permintaan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai Bahagian 1 Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 Bank Dunia, bertajuk ‘Menaikkan Siling, Menaikkan Lantai, Memacu Agenda Pekerjaan dan Produktiviti Malaysia’ di ibu negara.

Dalam pada itu, pelaksanaan mekanisme subsidi lebih fleksibel memberi ruang kepada kerajaan melakukan pelarasan pada masa hadapan sekiranya keadaan fiskal memerlukan.