Neymar bakal terlepas perlawanan pembukaan Piala Dunia Brazil menentang Maghribi

Foto REUTERS

BERLIN, 29 Mei – Penyerang prolifik, Neymar tidak dapat beraksi dalam perlawanan pemanas badan skuad Brazil dan dijangka terlepas aksi pembukaan kejohanan Piala Dunia menentang Maghribi, menurut doktor pasukan kebangsaan kepada pengamal media pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Didiagnosis kecederaan betis gred dua; dijangka berehat dua hingga tiga minggu.
  • Tiba di Granja Comary dan selesai menjalani semua ujian perubatan.
  • Masalah kecederaan berulang menimbulkan keraguan mengenai pencalonannya oleh jurulatih Carlo Ancelotti.
  • Penampilan terakhirnya Oktober 2023 berakhir dengan kecederaan lutut lawan Uruguay; masih bergelut mendapatkan prestasi terbaik.

Neymar tiba semalam di Granja Comary (pusat latihan Brazil berhampiran Rio de Janeiro), selesai menjalani semua ujian perubatan, dan disahkan mengalami kecederaan betis gred dua. Beliau dijangka terpaksa berehat selama dua hingga tiga minggu,” kata doktor pasukan, Rodrigo Lasmar.

Brazil dijadualkan menentang Panama dalam aksi persahabatan pada Ahad, diikuti perlawanan menentang Mesir pada 6 Jun.

Perlawanan pertama mereka dalam saingan Piala Dunia menentang Maghribi pula dijadualkan berlangsung pada 13 Jun.

Neymar sering dibelenggu masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, malah timbul keraguan sama ada beliau akan disenaraikan ke dalam skuad oleh Jurulatih Carlo Ancelotti selepas namanya tidak dicalonkan bagi perlawanan persahabatan awal tahun ini.

Penampilan terakhir bintang itu bersama juara dunia lima kali berkenaan adalah pada Oktober 2023 apabila beliau mengalami kecederaan pada lututnya ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia..

Sejak insiden itu, Neymar — yang telah mengumpul 128 “cap” penampilan antarabangsa — masih bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Kelab Arab Saudi, Al-Hilal melepaskan beliau secara perpindahan percuma untuk menyertai semula kelab zaman kanak-kanaknya, Santos pada Januari 2025. -BERNAMA-dpa

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.