SC kenal pasti penambahbaikan rangka kerja pasaran utama berkuat kuasa 3 Jun

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 MeiSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons untuk memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penambahbaikan Pasaran Utama: peningkatan keperluan keuntungan, pengukuhan kualiti laporan kewangan, fleksibiliti penilaian aliran tunai dan peluasan kelayakan berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja; tempoh rekod prestasi dua tahun, pengecualian penajaan dan moratorium dimansuhkan, syarat pegangan saham awam diperkenalkan.
  • Segmentasi pasaran diperjelas untuk memperkukuh pembezaan, meningkatkan kualiti penyenaraian dan menyediakan laluan peralihan tersusun bagi syarikat.

SC dalam satu kenyataan memaklumkan, insiatif itu bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit selain memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen seperti pasaran utama dan pasaran ACE.

“Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam masa sama, Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan seimbang, memudah cara serta responsif terhadap evolusi model

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya dalam kenyataan sama.

Antara penambahbaikan utama bagi Pasaran Utama termasuk peningkatan keperluan keuntungan, pengukuhan kualiti pelaporan kewangan, fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan penyenaraian berasaskan infrastruktur.

Bagi Pasaran ACE pula, pasaran itu akan diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja , termasuk menetapkan tempoh rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum syarikat boleh dipindahkan ke Pasaran Utama.

Selain itu, pengecualian terhadap penajaan dan moratorium dimansuhkan, manakala syarat peruntukan pegangan saham awam minimum turut diperkenalkan.

“Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.