Sepanyol buka semula kedutaan di Iran selepas gencatan senjata

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares/REUTERS

MADRID, 9 April -Sepanyol akan membuka semula kedutaannya di Iran, selepas gencatan senjata dicapai antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedutaan itu sebelum ini ditutup sebagai langkah keselamatan akibat ketegangan dan konflik bersenjata.
  • Menteri Luar Jose Manuel Albares memberi arahan kepada duta di Tehran untuk kembali bertugas dan menyambung peranan.
  • Sepanyol akan menggunakan semua saluran diplomatik yang ada bagi menyokong usaha ke arah keamanan.
  • Pengumuman itu dibuat oleh Albares kepada pemberita di Madrid pada hari Khamis.

Sebelum ini kedutaan itu ditutup susulan konflik peperangan, kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, pada Khamis.

“Saya telah memberi arahan kepada duta kami di Tehran untuk kembali bertugas, menyambung semula peranan beliau dan membuka semula Kedutaan Sepanyol di Tehran,” kata Albares kepada pemberita di Madrid.

Beliau menambah bahawa Sepanyol akan menggunakan semua saluran yang ada, termasuk kehadiran diplomatik di ibu negara Iran, bagi menyokong usaha ke arah keamanan.

Kedutaan tersebut sebelum ini ditutup sebagai langkah keselamatan berikutan ketegangan dan konflik bersenjata di rantau berkenaan. – AFP