
KUALA LUMPUR, 25 Februari– Pendekatan ‘Regulatory Sandbox’ di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025), dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac atau April.
- Regulatory Sandbox ONSA 2025 akan dilaksanakan pada Mac atau April untuk uji mekanisme pendaftaran individu di media sosial.
- MCMC menilai pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan atau MyDigital ID bagi mengesahkan identiti pengguna.
- Beberapa platform bekerjasama, khususnya untuk pendaftaran individu berumur 16 tahun dalam program sandbox.
- Di bawah ONSA 2025, penyedia platform bertanggungjawab terhadap keselamatan platform dan dikenakan denda jika gagal.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menilai mekanisme yang sesuai untuk pendaftaran individu dalam platform media sosial berdasarkan nombor kad pengenalan atau MyDigital ID.
“Sandbox ini sedang dilaksanakan oleh pihak MCMC bagi meneliti kaedah pendaftaran individu menggunakan pengenalan diri, sama ada kad pengenalan atau MyDigital ID. Proses ini bertujuan untuk mendaftar seseorang dan menentukan bagaimana pendaftaran itu boleh diteruskan.”
“Beberapa platform turut terlibat dalam sandbox ini dan memberikan kerjasama, khususnya untuk pendaftaran individu berumur 16 tahun. Keputusan berhubung sandbox ini dijangka diumumkan pada bulan Mac atau April,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil Kursus ‘Tamil Telemovie Scriptwriting Workshop’ di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini.
Menurut beliau, di bawah ONSA 2025, penyedia platform media akan bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan sesuatu platform dan akan dikenakan denda.
Sementara itu, bagi memperkasa kemahiran penulisan skrip, 27 peserta menyertai Bengkel Penulisan Skrip Telemovie Tamil yang berlangsung di Dewan Dinamik, IPPTAR.
Tenaga pengajar terdiri daripada Dr. Vimala Perumal dan En. Sevan Doraisamy, yang mempunyai latar belakang luas dalam bidang perfileman, akademik serta penerbitan televisyen dan drama tempatan. Kedua-duanya memberikan panduan menyeluruh kepada peserta berdasarkan gabungan pengetahuan teori dan amalan industri.
“Saya rasa cabaran masa kini, saya boleh katakan ia berkaitan storytelling dalam penceritaan sesebuah karya. Teknologi sekarang memang berkembang dengan baik, tetapi dari segi penceritaan, masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Saya percaya, kandungan yang baik akan kekal relevan jika cerita yang disampaikan bagus,” katanya.
Pembentangan projek juga diadakan sebagai aktiviti menguji kefahaman peserta.
“Saya berasa teruja, sesuatu yang tidak disangka. Saya baru mula menceburi bidang ini, dan kemenangan ini memberi kesedaran bahawa setiap usaha adalah tangga kepada kejayaan,” kata Mathiyazagan Govendasamy, peserta.
“Kursus ini memperkasakan bakat saya dalam penulisan, menjadikan saya lebih teliti mengikut kehendak penonton masa kini. Saya belajar banyak daripada penceramah yang hadir, yang berjaya dalam industri,” kata Buvaneswary Narayanan, peserta.
Kursus berkenaan turut menampilkan Denes Kumar, M.S. Prem Nath dan Sangeetha Krishnasamy sebagai penceramah jemputan.
Kehadiran mereka memberi nilai tambah kepada program berkenaan melalui perkongsian pandangan umum mengenai landskap industri, keperluan pasaran d