MetMalaysia: Nasihat Tsunami di Sabah ditamatkan pukul 12 tengah hari tadi

Keadaan di Semporna, Sabah pada tengah hari tadi susulan amaran awal tsunami yang dikeluarkan MetMalaysia/Foto Bomba Tawau

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menamatkan nasihat tsunami di Sabah yang dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nasihat tsunami dikeluarkan pada 8.36 pagi susulan gempa kuat di Mindanao, Filipina.
  • MET Malaysia memaklumkan ini adalah maklumat terakhir kecuali jika terdapat perkembangan lanjut.
  • Siren amaran dibunyikan di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu; gelombang dijangka antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

MET Malaysia dalam kenyataan berkata, nasihat tsunami itu sebelum ini dikeluarkan pada pukul 8.36 pagi berikutan gempa bumi kuat melanda Mindanao, Filipina

“Ini adalah maklumat terakhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan,” menurut kenyataan itu di Facebook.

Pagi tadi, siren amaran awal tsunami dibunyikan di empat kawasan pantai timur Sabah sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal.

Kawasan yang terlibat ialah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu yang dijangka berdepan kesan gelombang tsunami antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.