
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Malaysia melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dunia dalam Indeks Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), berbanding tangga ke-23 tahun lalu.
- Perdana Menteri kongsikan pencapaian itu menerusi infografik di media sosial rasmi beliau.
- Malaysia kekal ekonomi kedua paling berdaya saing di ASEAN selepas Singapura.
- Peningkatan dilihat sebagai petunjuk keyakinan terhadap ekonomi dan usaha kerajaan memperkukuh daya saing global.
Pencapaian itu meletakkan Malaysia dalam kelompok 15 ekonomi paling berdaya saing daripada 70 ekonomi yang dinilai menerusi indeks berkenaan.
Perkembangan positif itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi infografik di media sosial rasmi beliau.
“Daya saing Malaysia melonjak daripada kedudukan ke-23 pada 2025 kepada tangga ke-15 pada 2026 daripada 70 buah ekonomi dunia,” katanya.
Di peringkat ASEAN pula, Malaysia kekal sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing selepas Singapura.
Peningkatan kedudukan itu dilihat sebagai petunjuk keyakinan berterusan terhadap ekonomi negara serta usaha kerajaan memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global.