PM ucap takziah kepada Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suami

Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Kamil Misuari, yang telah kembali ke rahmatullah pada 6.38 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ucapan doa agar keluarga diberi kekuatan, roh arwah dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa.
  • Timbalan Perdana Menteri turut menzahirkan takziah, menyifatkan kehilangan sebagai ujian amat berat bagi keluarga.
  • Jenazah akan dibawa ke KLIA pada tengah malam sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak.
  • Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Jumaat lalu; kesihatan merosot sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Diharap agar seisi keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini.

“Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya,” menurut hantaran itu lagi.

Dalam perkembangan sama, turut menzahirkan takziah kepada Datuk Seri Nancy, adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Kehilangan insan tersayang yang menjadi teman hidup dan sahabat seperjalanan merupakan satu ujian yang amat berat untuk dihadapi oleh mana-mana keluarga.

“Semoga Datuk Seri Nancy dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta ketenangan hati dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini,” menurutnya dalam satu hantaran di Facebook.

Jenazah Allahyarham Datuk Kamil Misuari akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tengah malam ini sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Datuk Kamil dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Jumaat lepas sebelum kesihatannya dilaporkan semakin merosot tengah hari tadi dan menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.