Menteri Komunikasi nilai sendiri kualiti jaringan telekomunikasi di laluan ETS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 April – Tahap kelajuan dan kestabilan rangkaian telekomunikasi bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) mendapat perhatian serius Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri menilai kualiti rangkaian dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Segamat sebagai permulaan lawatan kerja dua hari ke Johor.
  • Pasukan teknikal syarikat telekomunikasi jalankan ujian kelajuan internet dan imbas kawasan liputan lemah sepanjang laluan.
  • Inisiatif Kementerian bertujuan memastikan liputan 4G dan 5G lebih stabil untuk kesalinghubungan penumpang ETS.

Beliau menilai sendiri kualiti rangkaian itu dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Segamat, sekali gus memulakan lawatan kerja dua harinya ke Johor.

Sepanjang perjalanan hampir dua jam, pasukan teknikal syarikat telekomunikasi menjalankan ujian kelajuan internet serta mengesan kawasan liputan lemah di sepanjang laluan.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Komunikasi bagi memastikan liputan 4G dan 5G yang lebih stabil untuk kesalinghubungan penumpang.

Sebaik tiba di Segamat, beliau dijadual melawat beberapa pengamal media bagi menyampaikan Sumbangan Kasih@HAWANA.

Datuk Fahmi turut dijadual mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Felda Medoi sebelum mengakhiri hari pertama lawatan dengan kunjungan ke Kampung Abdullah sempena Program Jiwa MADANI.